Samsung adalah sebuah syarikat berasal daripada Korea Selatan yang mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan elektrik.
Salah satunya adalah produk telefon pintar Samsung Galaxy S dan Samsung Galaxy Note. Malahan, Samsung juga sudah beberapa kali mengatasi Apple dalam perlumbaan penghasilan telefon pintar futuristik.
Namun begitu tahukah anda, Samsung hanya bermula dengan perniagaan kedai runcit yang menjual pelbagai barangan di Korea Selatan. Jadi bagaimanakah syarikat ini bisa menjadi pemain utama produk berasaskan elektronik? Ayuh soroti artikel ini.
Samsung pada asalnya bermula sebagai sebuah premis kedai runcit yang digagaskan dengan modal US$27 oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938.
Ketika itu Samsung hanya memiliki 40 orang pekerja untuk menjalankan perniagaan kedai runcit.
Memasuki tahun 1947, Samsung telah memindahkan operasinya ke Seoul walaupun Perang Korea sedang meletus.
Selepas itu, Samsung mula menggagaskan kilang gula serta kilang fabrik di Busan sehingga berjaya menjadi antara yang terbesar di Korea Selatan.
Selepas sahaja berakhir Perang Korea, Samsung fokus kepada perindustrian untuk membina kembali Korea yang telah hancur lebur.
Samsung mula memasuki industri elektronik pada tahun 1960-an dengan penubuhan beberapa anak syarikat seperti Samsung Electronics Devices, Samsung Electro-Mechanics, Samsung Corning dan Samsung Semiconductor & Telecommunications.
Ketika itu juga Samsung berjaya mengambil alih DongBang Life Insurance lalu menubuhkan Joong-Ang Development yang pada hari ini lebih dikenali sebagai Samsung Everland.
Bukan setakat itu sahaja, kolaborasi Samsung-Sanyo bikin syarikat itu mula menghasilkan televisyen, peti sejuk dan penghawa dingin.
Kemuncaknya, Samsung berjaya menghasilkan 5juta unit televisyen untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dalam tempoh masa kurang daripada 10 tahun.
Tahun 1980 menyaksikan langkah awal Samsung untuk menghasilkan telefon bimbit dengan pengilhakan Hanguk Jeonja Tongsin.
Pada mulanya Samsung hanya menghasilkan papan suis telefon sahaja tetapi syarikat itu terus komited dengan pantas mengaptasi penciptaan telefon dan faks.
Hal itu menjadi perintis utama kepada Samsung untuk menerokai pasaran telefon bimbit tempatan dan antarabangsa.
Dalam tahun yang sama juga Samsung berjaya meletakkan diri mereka dalam arus globalisasi apabila syarikat itu mula memasuki negara Jerman, Portugal dan Amerika Syarikat.
Bahkan Samsung berjaya menubuhkan anak syarikat berkaitan percetakan bagi memberikan penyelesaian dan alternatif kepada industri percetakan.
Tidak lama itu, Samsung mula mengeluarkan komputer peribadi dan membuatkan angka jualan syarikat tersebut mencecah satu trillion won.
Prestasi hebat ini diteruskan oleh anak kepada Lee Byung-chul iaitu Lee Kun-hee sebaik sahaja mengambil alih Samsung. Sejak itu Samsung mula menghasilkan pelbagai barangan elektrik sehingga menjadi pelopor kepada penciptaan televisyen digital.
Bagi penghasilan telefon pintar pula, Samsung bermula dengan prototaip SPH-1300 yang mengaplikasikan skrin sesentuh pada tahun 2001.
Samsung bernasib baik apabila berjaya memiliki syarikat yang berkemampuan mengembangkan teknologi untuk peranti elektrik.
Perkara itu lantas merintis kepada kehadiran siri telefon pintar Galaxy dalam keluarga Samsung dengan GT-I7500 sebagai model pertama.
Sejak itu Samsung tidak menoleh kebelakang lagi apabila berjaya melancarkan Galaxy SII pada 2011. Ianya diikuti dengan Galaxy SII pada tahun berikutnya dimana model ini menjadi salah satu telefon pintar paling laris di dunia.
Situasi tersebut telah melayakkan Samsung diiktiraf sebagai pengeluar telefon pintar terbesar di dunia mengatasi gergasi Amerika Syarikat iaitu Apple.
Pada hari ini kita melihat Samsung telah mengeluarkan pelagai model telefon pintar yang agak futuristik.
Pesaing kuat mereka iaitu Apple telah jauh ketinggalan dibelakang sementara beberapa syarikat daripada China seperti Huawei mula mencabar dominasi mereka.
Walau bagaimanapun, baru-baru terdapat berita sedih yang melanda Samsung. Ianya berikutan syarikat tersebut mengambil keputusan untuk menamatkan serta-merta penghasilan Samsung Galaxy Note.
Hal ini demikian kerana permintaan terhadap telefon pintar telah jatuh mendadak angkara koronavirus.
Warga dunia ketika era pandemik tidak memiliki cukup wang untuk menukar telefon bimbit mereka kerana lebih menumpukan kepada simpanan dan makanan.
Jadi tindakan Samsung adalah tepat bagi mengelakkan mereka menanggung lebih banyak kerugian.
Itulah serba sedikit kisah mengenai Samsung yang bermula dengan sekadar kedai runcit sehingga menjadi gergasi elektronik dengan penghasilan telefon pintar.
Persoalannya adakah syarikat Malaysia yang mampu bermula dan menjadi sehebat Samsung pada hari ini?
RUJUKAN:
Burris M. (2020, Disember 2). The history of Samsung (1938-present). Lifewire.
Artikel ini turut boleh dibaca di laman portal ekonomi dan kewangan kami, The Outlook.
from mdnursyazwi https://ift.tt/2WFVfiI
via http://www.rssmix.com/
from Tumblr https://dearluce.tumblr.com/post/638226803929006080
No comments:
Post a Comment