Thursday, December 24, 2020

Di Sebalik Lagu Doraemon – “Aoi Sora Wa Poketto Sa”

juk dan nama watak dalam komik dan animasi. Karya tersebut telah dicipta oleh Fujimoto Hiroshi (1933-1996) dan Motō Abiko. Untuk pengetahuan semua, Fujimoto Hiroshi lebih dikenali sebagai “Fujiko F. Fujio”.

Komik mula diiklankan pada 8hb Ogos 1969. Doraemon dibukukan dari Januari 1970 sehingga 23 Jun 1996. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 45 jilid telah berjaya diterbitkan. Dan kesemua jilid yang diterjemahkan tersebut pernah dimiliki kami iaitu penulis artikel ini.

Doraemon mula dianimasikan pada tahun 1973. Dari tahun ke tahun, telah ditambah baik. Animasi tersebut ditayangkan ke seluruh dunia baik melalui siaran televisyen mahupun jualan Kaset Video, Video Cakera Padat (VCD) dan Cakera Padat Digital (DVD).

PENGENALAN KEPADA DORAEMON

Doraemon secara ringkasnya mengisahkan tentang sebuah robot berbentuk KUCING. Beliau dicipta pada 3 September 2112. Kedatangan beliau dari masa hadapan ke tahun 1970an adalah untuk menolong seorang kanak-kanak yang bernama Nobi Nobita.

Robot berbentuk KUCING telah diutuskan oleh cicitnya iaitu Nobi Sewashi untuk mengubah hidup Nobita. Beliau sering mendapat markah kosong dalam peperiksaan dan dia juga sering dibuli oleh kawannya seperti Gouda Takeshi dan Honekawa Suneo.

Pelbagai alat telah dikeluarkan Doraemon untuk membantu Nobita. Walaubagaimanapun, kebanyakan alat tersebut telah disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik. Akibatnya, Nobita menerima nasib yang tidak baik.

LAGU DORAEMON

Seperti mana yang lain, animasi ini juga mempunyai lagu tema pembuka dan penutupnya. Antara lagu tema penutup yang terdapat dalam animasi tersebut adalah “Aoi Sora Wa Poketto Sa”. Persoalannya, apakah itu “Aoi Sora Wa Poketto Sa”?

Tajuk “Aoi Sora Wa Poketto Sa (青い空はポケットさ)” membawa maksud “Langit Biru di dalam Kocek”. Lagu yang masing-masing dicipta, digubah dan dinyanyikan Takada Hirō, Kikuchi Shunsuke, dan Osugi Kumiko itu mula digunakan sebagai penutup animasi tahun 1979.

Lagu tersebut didakwa membawa nostalgia kepada generasi 70an dan 80an. Malah, mereka akan menangis sekiranya mendengar kembali lagu tersebut pada hari ini. Persoalannya, apakah isikandungan di sebalik lagu tersebut?

ISIKANDUNGAN RANGKAP PERTAMA

Rangkap pertama lagu tersebut dimulakan dengan “Aoi sora wa poketto sa, shiawase tsutsumu poketto-sa, kuchi bu e fuite aru ite yukou, kozue no uede wa o, Hisa ma ga horahora n? Terashi teru”.

Senikata di atas membawa maksud “Langit biru di dalam kocek, bahagia berterusan di dalam kocek, mari bersiul ketika berjalan, di atas pokok melihat mentari, terlalu banyak cahaya.”.

Rangkap tersebut mengisahkan tentang kewujudan pelbagai alat terdapat di dalam kocek Doraemon. Alat yang dipercayai “takekopta (Helikopter Buluh)” digunakan untuk memudahkan Nobita dalam melihat matahari terbenam tanpa halangan.

ISIKANDUNGAN RANGKAP KEDUA

Rangkap kedua lagu tersebut berbunyi “Shiroi tori ga sora wo tobu, Bokura no yane no ue wo tobu, Mado wo akete yondemiyou, Chiisana kaze ga hohoende, Horahora n? fuiteiru”.
Senikata tersebut membawa maksud “Burung putih terbang di langit, Ia terbang atas bumbung kami, mari buka jendela dan lihat pemandangan, angin bertiup.”

Rangkap tersebut mengisahkan tentang nikmat kebebasan. Hidup yang bebas daripada sebarang masalah akan menumpukan kita terhadap sekeliling kita. Hal ini kerana, semakin banyak masalah yang dihadapi, semakin kita tidak peduli akan sekeliling.

ISIKANDUNGAN RANGKAP KETIGA

Rangkap ketiga lagu tersebut berbunyi “Yume wo miru no ha ii koto sa, Ookina yume wo tsukamero, Kami wo nabikase kaketeyukou, Shiroi watagumo oikakete, Horahora n? utaou yo”

Senikata tersebut membawa maksud “Lihatlah keindahan mimpi, kita patut berimpian besar, rambut kita ditiup angin, burung putih berkicau, mari menyanyi”.

Rangkap tersebut mengisahkan tentang keperluan untuk membina cita-cita. Sekiranya mempunyai cita-cita, kita akan mengetahui tujuan kehidupan. Berjaya mahupun sebaliknya kita mencapai cita-cita, bergantung kepada usahanya dan keizinan-Nya.

ISIKANDUNGAN RANGKAP KEEMPAT

Rangkap keempat lagu tersebut berbunyi “Shiroi watagumo oikakete, Horahora n? utaou yo”. Senikata tersebut membawa maksud “burung putih berkicau, mari menyanyi”.

Rangkap tersebut mengisahkan tentang kebebasan. Hidup yang bebas daripada sebarang masalah akan menumpukan kita terhadap sekeliling kita. Hal ini kerana, semakin banyak masalah yang dihadapi, semakin kita tidak peduli akan sekeliling.

KENANGAN DI SEBALIK LAGU?

Untuk kita yang tidak pernah belajar Bahasa Jepun, lagu tersebut menggamit pelbagai kenangan. Orang tua kita membelikan kita VCD Doraemon dan bersama menontonnya sehingga habis. Lagu ini akan lebih menusuk hati sekiranya orang tua kita pergi menghadap ilahi.

Seumumnya, tidak banyak masalah dihadapi pada zaman kanak-kanak. Sebelum memasuki zaman persekolahan, masa kita dihabiskan dengan menonton televisyen. Doraemon adalah salah satu rancangan yang ditonton.

Untuk mereka yang mempunyai asas Bahasa Jepun, senikata tersebut mempunyai isi yang mendalam. Pada pendapat penulis, burung putih dalam senikata berkenaan melambangkan hidup kebebasan yang suci.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah antara isikandungan di sebalik lagu “Aoi Sora WA poketto Sa”. Setiap oorang mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai senikata tersebut. Tidak kira apa tafsirannya, lagu tersebut mengingatkan kita kepada masa lalu.

Pada pendapat anda, apakah yang anda tahu tentang lagu tersebut? Harap berikan maklumbalas anda kepada kami. Semoga artikel ini membawa manfaat kepada semua baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Untuk mendengar lagu penuh “Aoi Sora Wa Poketto Sa”, sila lungsuri laman sesawang ini:

RUJUKAN

Aoi Sora Wa Poketto Sa. Dicapai pada 12hb Disember 2020 dari https://doraemon.fandom.com/wiki/Aoi_Sora_wa_Poketto_sa





from mdnursyazwi https://ift.tt/3pp4uR1
via http://www.rssmix.com/
from Tumblr https://dearluce.tumblr.com/post/638381552013852672

No comments:

Post a Comment