‘Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti’ (KGB) atau bahasa inggerisnya; ‘Committee for State Security’ adalah nama kepada agensi risikan dan keselamatan milik Kesatuan Soviet, yang beroperasi sekitar tahun 1954 hingga 1991.
Agensi perisikan rahsia ini ditubuhkan secara rasmi pada 13 Mac 1954, ketika era pimpinan Presiden Joseph Stalin dan dibubarkan pada 3 Disember 1991, sejurus selepas kejatuhan empayar Kesatuan Soviet pimpinan Presiden terakhirnya, Mikhail Gorbachev.
Kerajaan baharu yang dikenali sebagai Persekutuan Russia (Russian Federation) telah menggantikan KGB kepada ‘Federalnaya Sluzhba Kontrrazvedki’ (FSK).
Walau bagaimanapun, FSK hanya bertahan selama 4 tahun sahaja, sebelum agensi ini dijenamakan semula kepada ‘Federalnaya Sluzhba Bezopasnosti Rossiyskoy Federatsii’ (FSB) pada 12 April 1995, oleh Presiden Boris Yeltsin.
FSB berperanan sebagai ‘penyambung legasi’, dengan menjalankan tugas dan fungsi yang lebih kurang sama seperti KGB, iaitu menjaga keselamatan dan kepentingan negara Russia tidak kira di dalam mahupun di luar negara.
Berbalik kepada sejarah KGB, di sepanjang kewujudannya pada era Perang Dingin (1947 hingga 1991) di antara dua hegemoni besar dunia, iaitu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sedang memuncak, KGB dilihat sebagai sebuah badan ‘intelligence’ yang amat efektif.
Secara asasnya, KGB memainkan peranan yang signifikan di dalam aktiviti pengumpulan data dan sebarang bentuk maklumat sulit, yang bertujuan untuk menjaga keselamatan negara Komunis.
Kerajaan Kesatuan Soviet yang juga dikenali sebagai ‘Union of Soviet Socialist Republics’ (U.S.S.R.) turut menguasai 15 buah negara lain seperti Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldova, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine, Uzbekistan, termasuk Jerman Timur.
Hal ini telah menjadikan saiz keluasan keseluruhan jajahan takluk empayar Kesatuan Soviet berjumlah 22.4 juta kilometer persegi (km²), sekali gus meletakkan empayar ini sebagai empayar ketiga terbesar dunia di belakang Empayar British (35.5 juta km²) dan Empayar Mongul (28.0 juta km²).
Dengan saiznya yang begitu besar, KGB giat menjalankan aktiviti penyebaran propaganda komunis bagi pihak kerajaan Soviet, dengan memfokuskan kawasan-kawasan yang berhampiran dengan sempadannya, iaitu Eropah Timur dan Asia Timur.
Seperti apa yang kita sudah ketahui, tidak semua aktiviti KGB dapat dilaksanakan secara ‘legal’ atau sah di sisi undang-undang, terutamanya sebarang aktiviti yang melibatkan unit-unit rahsia, seperti pengintipan masyarakat (people surveillance).
Menurut rekod, KGB dilaporkan memiliki kakitangan berjumlah hampir 500 000 orang, di samping ribuan perisik yang ditempatkan di negara-negara asing. Angka ini telah menjadikan KGB sebagai salah satu agensi perisikan terbesar yang pernah wujud pada zaman itu.
Berdasarkan maklumat daripada bekas perisik KGB yang kini sedang menerima suaka di Amerika Syarikat (US), iaitu Jack Barsky atau nama sebenarnya Albert Dittrich, beliau menyatakan bahawa KGB menggunakan modus operandi risikan yang dikenali sebagai ‘Legal Resident Spies’ (LRS) di peringkat antarabangsa.
LRS diwujudkan bagi mengumpul segala maklumat berkaitan negara asing, menerusi beberapa operasi rahsia yang dijalankan oleh ‘sleeper agents’ KGB. Ejen-ejen ini menetap dan bekerja di US selama bertahun-tahun, dengan menggunakan identiti palsu yang ditetapkan oleh KGB.
Tidak kira apa jenis pekerjaan yang mereka jalankan di US, yang paling penting adalah kehidupan mereka mesti kelihatan ‘normal’ dan ‘bersahaja’ sama seperti masyarakat umum yang lain.
Albert Dittrich misalannya, telah diberikan identiti palsu yang bernama ‘Jack Barsky’. Identiti ini merupakan identiti seorang kanak-kanak warganegara US berumur 10 tahun, yang telah meninggal dunia pada tahun 1955.
Menurut laporan daripada wawancara bersama bbc.com, passport yang dipegang oleh Dittrich dengan menggunakan identiti sebagai ‘Jack Barsky’ adalah passport yang sah dan ‘legit’. Di mata kerajaan US, Albert Dittrich adalah Jack Barsky.
Pada awalnya, Dittrich memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti yang terletak di Jerman Timur. Dari situ, KGB telah merekrut beliau untuk dijadikan sebagai salah seorang ejen KGB di peringkat antarabangsa.
Dittrich tiba di New York, US pada tahun 1978, yang mana pada waktu itu beliau menggunakan identiti palsu bernama ‘William Dyson’ dengan kerakyatan Kanada.
Pergerakan Dittrich ke US dibuat melalui pelbagai jenis negara, bermula dari bandar Belgrade (Serbia), Rome (Italy), Mexico City (Mexico), sebelum beliau tiba di bandar Chicago, negeri Illinois, US.
Setelah itu, identiti palsunya yang bernama ‘William Dyson’ itu dihapuskan, dan beliau diarahkan untuk menggunakan identiti baharunya; ‘Jack Barsky’. Sejak dari itu, Dittrich menjalani kehidupannya sebagai seorang ‘sleeper agent’ di negara seteru utama Kesatuan Soviet itu sehingga tahun 1991.
Menurut rekod, KGB telah menggunapakai sistem perisikan yang dikenali sebagai ‘illegal agents’ dan ‘resident agents’ sejak awal tahun penubuhan kerajaan Kesatuan Soviet.
‘Illegal agents’ ditempatkan di Benua Eropah seawal tahun 1919, kemudiannya berjaya menembusi benua US pada tahun 1921.
‘Illegal agents’ adalah berbeza dengan ‘resident agents’, yang mana ejen residen memiliki identiti dan pengesahan sah untuk berada di sesebuah negara asing menerusi pekerjaan rasmi sebagai seorang ‘diplomat’ di kedutaan dan juga mana-mana pertubuhan antarabangsa.
Pada tahun 2010, identiti 10 orang ‘sleeper agents’ Russia yang berada di US telah didedahkan (exposed). Anna Chapman, iaitu model dan personaliti media terkenal US adalah salah seorang ejen Russia yang berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa US, pada 27 Jun 2010.
Bagi penggemar filem-filem berkaitan perisikan seperti ‘James Bond’ dan ‘Mission Impossible’, semestinya filem tersebut dapat memberikan sedikit gambaran tentang cara asas seseorang perisik bekerja.
Cumanya, pekerjaan sebagai seorang perisik sebenar tidak lah ‘seindah’ seperti apa yang dipertontonkan di dalam ‘movie’.
Secara realistiknya, mereka yang berada di lapangan risikan tidak dilengkapi dengan sebarang bentuk teknologi persenjataan yang ‘fancy’, apatah lagi nak pandu kereta ‘supercar’ yang dilengkapi dengan senjata peluru berpandu dan boleh berubah menjadi ‘halimunan’.
Di peringkat domestik pula, KGB turut digelar sebagai ‘polis rahsia’ kerajaan. Mereka sering menjalankan operasi-operasi sulit, seperti menjejak individu-individu yang disyaki terlibat di dalam sebarang aktiviti penyebaran dakyah atau menghasut menerusi sentimen ‘Anti Komunis’ atau ‘Anti kerajaan’.
Kebiasaannya, mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan sebarang salah laku akan dikenakan perintah tahanan termasuk beberapa tindakan keras yang diambil KGB, seperti penggeledahan rumah atau dipenjarakan.
KGB juga mewujudkan sebuah unit khas bagi mengawal kesemua aktiviti yang melibatkan upacara keagamaan, subversif kebangsaan, pengaruh luar, media tidak berdaftar, serta mensasarkan kaum yahudi secara spesifik.
Bukan sahaja rakyat marhaen, KGB juga diberikan ‘immunity’ untuk menekan mana-mana pemimpin politik yang ‘berpotensi’ untuk mengancam kestabilan ideologi komunis bawaan Kesatuan Soviet.
Sebagai info, Presiden Russia iaitu Vladimir Putin adalah bekas perisik KGB. Putin menyertai KGB pada tahun 1975 dan berkhidmat sebagai pegawai ‘intelligence’ selama lebih daripada 15 tahun. Beliau pernah bertugas di Jerman Timur, sehingga berlakunya insiden keruntuhan Tembok Berlin pada tahun 1989. Pangkat terakhir Putin di dalam KGB adalah Kolonel.
from mdnursyazwi https://ift.tt/3nIk3CX
via http://www.rssmix.com/
from Tumblr https://dearluce.tumblr.com/post/638249431235444736
No comments:
Post a Comment