Thursday, December 24, 2020

The 38th Parallel: Sempadan Yang Memisahkan Dua Korea

Semenanjung Korea secara rasminya bebas dari cengkaman Jepun selepas berakhirnya P3rang Dunia Kedua (WW2) pada tahun 1945, setelah dikuasai oleh Empayar Jepun sejak dari tahun 1910 semasa era pemerintahan Emperor Sunjong, iaitu Dinasti terakhir Raja Korea.

Namun begitu, pembebasan tersebut tidak memberikan Korea status sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka.

Sebaliknya, ketiadaan Jepun telah membentuk kelompongan kuasa (power vacuum) di semenanjung Korea, sekali gus menjadikan wilayah strategik itu sebagai kawasan perebutan pengaruh yang melibatkan dua hegemoni kuasa besar dunia; Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet (USSR).

Amerika Syarikat yang pada ketika itu sedang berada di ambang P3rang Dingin dengan Kesatuan Soviet, telah menjadikan wilayah Korea sebagai ‘benteng’ utama dalam mengekang sebarang usaha penyebaran pengaruh komunis Soviet dan China.

Setelah ‘Allies Power’ berjaya menundukkan Empayar Jerman dan Jepun semasa WW2, AS dan USSR dengan ghairahnya memulakan langkah percaturan geopolitik mereka di Benua Asia khususnya di wilayah Asia Timur dengan mensasarkan semenanjung Korea dan Vietnam.

Persaingan dua kuasa besar tersebut kemudiannya membawa kemudharatan yang besar ke atas rakyat Korea, yang mana Bangsa Korea telah di doktrin dengan dua ideologi politik berbeza, iaitu; Kapitalis dan Sosialis.

Perbezaan yang ketara dalam aspek fundamental asas ideologi ini telah membawa kepada perpecahan semenanjung Korea, sedangkan dahulunya mereka semua hidup di bawah satu empayar yang sama selama beribu tahun.

Selamat datang!

Pada tahun 1948, semenanjung Korea telah dipecahkan kepada dua wilayah iaitu; wilayah Korea Utara dan Korea Selatan. Perpecahan ini dibuat menerusi garis sempadan ‘artificial’ ciptaan barat yang dinamakan sebagai ‘The 38th Parallel’.

Lebih spesifik, sempadan ini direka oleh ‘US War and State Department’ bagi menggerakkan usaha untuk membentuk sebuah negosiasi yang ‘harmoni’ bersama USSR.

Wilayah selatan telah dikuasai oleh pimpinan kerajaan yang berideologi Kapitalis, menerusi pemerintahan Syngman Rhee selaku Presiden Korea Selatan yang pertama, setelah menubuhkan kerajaan ‘Republic of Korea’ (ROK) pada 15 Ogos 1948 atas sokongan padu dari AS.

Manakala, wilayah utara pula ditadbir oleh Kim Il-Sung yang turut digelar sebagai ‘Pemimpin Ulung’ Korea Utara yang pertama, dengan mengadaptasi ideologi Komunis atas sokongan kerajaan Soviet dan China menerusi penubuhan ‘Democratic People’s Republic of Korea’ (DPRK) pada 9 September 1948.

Melalui ‘persefahaman’ yang dibuat secara bersama di antara kerajaan AS dan USSR, kedua-dua hegemoni tersebut telah bersetuju untuk membuat pengunduran tentera dari semenanjung Korea secara berperingkat.

Pengunduran itu dimulakan oleh tentera Soviet pada tahun 1948, diikuti dengan pengunduran pasukan tentera AS pada tahun 1949.

Walau bagaimanapun, pengunduran kedua-dua pasukan tentera ini tidak langsung memberikan keamanan kepada semenanjung Korea. Sebaliknya, negara Korea Utara dan Korea Selatan bertanggapan bahawa mereka adalah musuh.

Permusuhan sesama sendiri itu telah diburukkan lagi dengan kewujudan fahaman radikal yang dibentuk melalui pertembungan dua ideologi politik yang berbeza. Hal ini dikatakan demikian kerana, masing-masing mahu mentadbir semenanjung Korea secara total dengan mendirikan negara berasaskan fahaman sendiri.

Malah, kedua-dua pemimpin Korea Utara dan Korea Selatan dikatakan tidak menerima sebarang bentuk ketetapan yang telah dipersetujui menerusi ukiran sempadan ‘The 38th Parallel’. Hal ini telah membawa kepada malapetaka baharu yang dahsyat, iaitu P3rang Korea yang berlaku pada 25 Jun 1950 hingga 27 Julai 1953.

Menurut rekod sejarah, sempadan ‘The 38th Parallel’ telah direncanakan sejak bulan Julai tahun 1945 lagi, melalui persidangan antarabangsa yang dikenali sebagai ‘Postdam Conference’.

Persidangan Postdam telah dianjurkan oleh ‘The Allied Powers’, yang terdiri daripada negara-negara pemenang WW2 iaitu; AS, USSR dan British. Persidangan yang diadakan di wilayah Berlin, Jerman ini berlangsung pada 17 Julai 1945 hingga 2 Ogos 1945.

Pada awalnya, sempadan ‘The 38th Parallel’ hanya lah bersifat sementara dengan tujuan untuk ‘menstabilkan’ semula wilayah semenanjung Korea selepas berakhirnya WW2, yang mana AS dan USSR bersetuju untuk menguruskan perletakan senjata angkatan tentera Jepun secara bersama.

Tidak lama selepas itu, persidangan seterusnya diadakan di Moscow, Russia bagi membincangkan pembentukan dan hala tuju kerajaan Korea yang merdeka.

Persidangan yang turut dikenali sebagai ‘Moscow Conference’, telah mencadangkan agar AS, USSR, British dan China untuk terlibat secara langsung di dalam usaha mempersiapkan kepimpinan kerajaan baharu Korea dalam jangka masa 5 tahun, yang bermula pada bulan Disember 1945.

Walau bagaimanapun, persetujuan tersebut tidak bertahan lama, setelah P3rang Dingin di antara AS dan USSR bermula pada tahun 1947.

P3rang Dingin yang dibuat secara ‘halus’ ini semestinya mempengaruhi situasi politik di semenanjung Korea. AS dan USSR seolah-olah menjadikan wilayah itu sebagai gelanggang ‘proxy war’ yang bertujuan semata-mata untuk menjamin kepentingan strategik mereka di wilayah tersebut.

38th parallel atas peta.

Pep3rangan Korea yang berakhir pada tahun 1953, telah membawa kepada pengekalan sempadan ‘The 38th Parallel’ sehingga ke hari ini. Sempadan ini terletak di kawasan gencatan senjata dan ketenteraan semenanjung Korea, iaitu ‘Korea Dimilitarized Zone’ (DMZ).

Sebagai info, nama sempadan ini diambil bersempena dengan latitud berukuran 38° yang terkandung di atas peta dunia. Sempadan Korea juga diiktiraf sebagai salah sebuah sempadan paling ‘hostile’ dan bahaya di dunia, yang memerlukan tahap kesiap-siagaan keselamatan tertinggi.





from mdnursyazwi https://ift.tt/38wkJoz
via http://www.rssmix.com/
from Tumblr https://dearluce.tumblr.com/post/638381555477331968

No comments:

Post a Comment