Friday, December 25, 2020

Kekejaman Mongol Terhadap Umat Islam Yang Tak Didendangkan

Kota Urgench adalah perhentian terakhir usaha peny3mb3lihan orang awam di sepanjang proses penj4rahan yang dilakukan tenter4 Genghis Khan terhadap seluruh wilayah Empayar Khwarezmi, di mana sebelum itu mereka telah bertempvr dengan sengit sekali.

Kebiasaannya, tenter4 Mongol dengan mudah mampu menundukkan mvsuh-mvsuhnya hanya dalam jangka waktu yang singkat, tetapi pertempvran dengan tenter4 dari barisan pertahanan Khwarezmi di kota Urgench itu menyebabkan Mongol menerima tentangan yang sengit dari mereka hingga pertempvran itu berlanjutan agak lama lalu sebuah pencer0bohan bertukar menjadi Pengepungan Urgench selama enam bulan.

Ilustrasi pertemuan di antara Shah Muhammad dengan Jochi dan Subutai bagi merundingkan gencatan senj4ta

Catatan sejarah menjelaskan bahawa walaupun tenter4 Mongol sebenarnya berhasil melepasi tembok dan mencer0boh masuk ke dalam kota, mereka masih tidak berjaya samada menj4rah dan membvnuh, apatah lagi hendak membumihanguskan kota itu seperti yang biasa mereka sering lakukan di kota lain. Struktur pertahanan di bahagian dalaman kota masih utuh kerana diperkukuhkan oleh kubu-kubu yang tebal dan kuat.

Usaha tenter4 Mongol disukarkan lagi dengan gerakan askar mvsuh yang sangat mahir bertempvr secara taktik per4ng gerila dari setiap rumah di dalam kota. Pasukan Mongol naik bosan dengan situasi buntu begini, lalu memutuskan bahawa mereka perlu mengambil langkah yang lebih drastik. Mereka membuat keputusan, jika mereka tidak dapat menangkap semua penduduk yang bersembunyi di dalam kota maka, mereka akan memb4kar seluruh kota itu.

Gambar hiasan

Setelah kota itu hangus dib4kar hingga kehilangan hampir seluruh ciri-ciri asalnya yang penuh dengan nilai-nilai seni dan kegemilangan sejarahnya. Saki baki rakyat dan tenter4 Khwarezmi yang masih terselamat tetap mahu bangun dan terus menentang pasukan Mongol.

Mereka tahu bahawa kem4tian yang memalukan lagi meny3ksakan akan terpaksa dilalui mereka jika mereka berjaya ditangkap oleh tenter4 Mongol, jadi mereka terus bertahan hingga ke titisan d4rah yang terakhir.

Punca Pembant4ian

Walaupun tidak jelas sama ada dakwaan ini bersifat ‘overclaim’ atau tidak, beberapa sumber mengatakan bahawa semasa di kemuncak akhir trag3di pembvnuhan tersebut, perkiraan yang dibuat menghasilkan anggaran k0rban berjumlah lebih jutaan nyawa. Sekiranya anggaran ini benar, jika bukan yang terbesar sekali pun, maka Pembant4ian Urgench benar-benar merupakan salah satu peristiwa pembvnuhan beramai-ramai yang paling kej4m lagi tr4gis dalam masa yang singkat sepanjang sejarah manusia.

Dan hari ini majoriti sejarawan nomad bersetuju bahawa pembvnuhan beramai-ramai yang dilaksanakan terhadap penduduk Urgench oleh tenter4 Mongol merupakan peristiwa pembvnuhan beramai-ramai yang paling kej4m dan berd4rah sepanjang sejarah ketamadunan manusia walau angka k0rban mungkin melebihi logik akal sekalipun, ini kerana ser4ngan itu menyebabkan kota Urgench kuno dilenyapkan sepenuhnya dari peta dunia (kemudian dibina kembali secara berperingkat).

Pemb4ntaian Urgench oleh Genghis Khan pada tahun 1221 berlaku kerana rasa s4kit hati yang dialami tenter4 Mongol selepas menerima penentangan yang sengit dari tenter4 dan rakyat Khwarezmi di Urgench. Selepas hangus dib4kar dan sudah ramai penduduk yang mula menyerah kalah, tenter4 Mongol melepaskan geram dengan membvnuh secara kej4m hampir keseluruhan populasi penduduk yang dianggarkan angka kem4tian setinggi 1.2 juta orang.

Kesukaran untuk men4wan Urgench bertambah lebih rumit dengan ketegangan hubungan yang berterusan dalam dinasti Mongol terutamanya di antara Genghis Khan dan putera sulungnya, Jochi, yang telah dijanjikan kota itu sebagai hadiah untuknya sekiranya dia berjaya men4wan kota itu tanpa perlu melibatkan pertempvran.

Adakah Jochi Anak Genghis Yang Sah?

Sebelum itu kita perlu tahu yang ibu Jochi juga merupakan ibu yang sama melahirkan tiga lagi adiknya, iaitu Chagatai, Ögedei dan Tolui. Ibu mereka bertiga ini adalah pengantin Genghis dari suku Konkirat yang telah dipilih oleh Genghis Khan semasa remaja, dan cinta seumur hidupnya, iaitu Börte.

Patung model Genghis Khan dan Börte

Selepas itu, Genghis Khan mengahwini beberapa lagi wanita, dan memiliki ramai zuriat hasil dari kelahiran ratusan gundik dan puluhan isterinya. Tidak jelas berapa jumlah anak Genghis dari wanita lain tetapi tetap hanya anak-anak lelaki hasil dari kelahiran Börte sahaja yang layak dikira sebagai putera raja dan pewaris takhta Khan Agung, dan bukannya anak-anak yang dilahirkan oleh beratus atau lebih isteri dan gundik Genghis Khan yang lain.

Tetapi, berikutan status kelahirannya, Jochi terjerat dalam kontroversi, ini kerana semasa awal kebangkitan Genghis Khan, Börte pernah dicvlik oleh suku Merkit dan diperk0sa ketika berada dalam t4wanan. Selepas diselamatkan oleh Genghis, Jochi dilahirkan sembilan bulan kemudian.

Walaubagaimanapun, Genghis Khan masih tetap menerima Jochi sebagai anak sulungnya atas dasar rasa cintanya kepada Börte, dia perlu menerima Jochi sekiranya dia mencintai Börte, namun, status Jochi sebagai anak Genghis Khan sudah tentu tetap akan menjadi pertikaian, terutamanya mengenai keturunan Jochi yang sebenarnya yang bakal menyukarkan kelancaran Jochi untuk mewarisi takhta Khan Agung kelak.

Keteg4ngan itu meningkat ketika Jochi cuba melakukan rundingan dengan pejuang barisan pertahanan Urgench, ianya demi memaksa mereka menyerah kalah agar kota yang indah itu tidak mvsnah teruk untuk dijadikan kota pentadbiran Jochi kelak.

Tindakan ini membuatkan adiknya Chaghatai marah memandangkan tradisi Mongol hampir tidak pernah berunding dengan mana-mana sasarannya, dan Genghis cuba menamatkan persengk3taan mereka berdua dengan melantik anak ketiganya, Ögedei sebagai panglima angkatan pengepungan ketika Urgench sudah hampir saja hendak diserahkan kepada Jochi.

Gambaran ser4ngan Mongol

Tetapi, penyingkiran Jochi dari kuasa ketenter4an dan tindakan menj4rah yang diperintahkan oleh Ögedei hingga mvsnah semvsnah mvsnahnya sebuah kota idamannya yang dianggap telah dijanjikan untuk dirinya, membuatkan Jochi merasa amat marah dan kecewa, lantas dia bertindak mengasingkan dirinya sendiri dari bapa dan adik beradiknya.

Jochi dikreditkan oleh sejarawan sebagai faktor pendorong utama yang menentukan tindakan dan kesan lanjut terhadap kota Urgench meskipun dia berakhir sebagai sekadar seorang abang yang menyaksikan adik-adiknya yang lebih muda diberikan kedudukan tinggi walaupun dia mempunyai keupayaan ketenter4annya yang tersendiri.

Tenter4 Mongol memang secara lazimnya akan mempraktikkan taktik pembvnuhan yang amat kej4m terhadap mvsuhnya, ia dijadikan sebagai salah satu bentuk per4ng saraf atau propaganda yang berkesan dalam menundukkan kerajaan-kerajaan lain yang bakal menghadapi mereka nanti, hasilnya, negeri-negeri yang ketakutan dan bimbang akan menerima nasib yang serupa seperti Khwarezmi akhirnya dengan sukarela menyerah tanpa menentang dan tunduk kepada ketuanan Mongol.

Kesan Kemvsnahan Yang Hampir Kekal

Pengepungan Urgench terjadi pada awal tahun 1221 ketika penguasa Mongol Genghis Khan dan anak-anaknya mengepung kubu kuat Khwarazmian, Urgench semasa kempen ser4ngan dan penaklvkan terhadap Empayar Khwarazmi oleh Mongol.

Menara Kutlug-Timur diapit oleh dua makam, satu-satunya binaan dari ketamadunan Urgench Kuno yang terselamat

Tenter4 Mongol kemudian menyer4ng dan menumpaskan tentangan sengit dari garnisun Urgench tetapi Mongol mengalami kerugian besar kerana Mongol tidak mahir bertempvr secara g3rila di dalam kota. Hanya dengan memb4kar kota itu barulah mereka berjaya meraih kemenangan.

Para tukang dan pandai besi dari kota itu dibawa kembali ke Mongolia, wanita-wanita muda dan kanak-kanak diberikan kepada orang Mongol sebagai hamba, dan Genghis memerintahkan seluruh penduduk yang lain dibvnuh tanpa pengecualian, dengan memerintahkan setiap seorang dari 50,000 anggota tenter4nya membvnuh seramai 24 orang warga Urgench.

Sekiranya setiap anggota tenter4 ini berjaya melakukannya, ia akan menghasilkan jumlah sehingga 1.2 juta orang (jumlah yang dilebih-lebihkan) telah dib4ntai dalam salah satu peristiwa pembvnuhan paling berd4rah dalam sejarah manusia. Tenter4 Mongol kemudian memecahkan empangan dan membanjiri kota, sekaligus memvsnahkan sepenuhnya warisan kota Urgench Kuno.

Selepas Empayar Mongol berpecah belah kepada empat bahagian, kota Urgench dibina kembali dan sekali lagi dijadikan sebagai ibukota Khwarezmi yang ketika itu dianggap sebagai salah satu wilayah di bawah penguasaan kerajaan Kekhanan Golden Horde.

Gambar hiasan

Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, tidak cukup dij4rah sekali oleh Genghis Khan, sekarang datang pula Amir Temur dari Empayar Timurid yang menganggap Khwarezmi sebagai saingan Timurid di Samarkand, dia secara komprehensif telah memvsnahkan Urgench sekali lagi pada tahun 1388. Bandar ini sebahagiannya dibina semula pada abad ke-16, tetapi ia ditinggalkan apabila arus sungai Amu-Darya berubah haluannya.

Konye-Urgench moden bermula dengan pembinaan terusan baru pada abad ke-19 yang kini terletak dalam kedudukan terbahagi kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh sempadan Uzbekistan dan Turkmenistan.

RUJUKAN:

Man, John. (2014). The Mongol Empire: Genghis Khan, his heirs and the founding of modern China. Random House.

Weatherford, Jack. (2005). Genghis Khan and the Making of the Modern World.





from mdnursyazwi https://ift.tt/2M1IgG5
via http://www.rssmix.com/
from Tumblr https://dearluce.tumblr.com/post/638472166194757632

No comments:

Post a Comment