Tuesday, December 22, 2020

Bonobo, Spesis Mawas Yang Lebih Torelansi Dari Chimpanzee

Bonobo dan Chimpanzee berasal daripada genus yang sama — Pan. Fizikal mereka tidak jauh berbeza walaupun terdapat ciri-ciri tertentu yang membezakan kedua-dua spesis ini seperti berat, saiz muka, bentuk badan, dan lain-lain.

Tetapi sifat bonobo jauh lebih bertoleransi berbanding Chimp. Bonobo boleh berkongsi makanan dengan Bonobo lain yang ia tidak kenal, tetapi Chimp tidak akan berkongsi makanan dengan Chimp lain yang ia kenal, malah boleh sampai bergaduh berebut makanan.

Kajian pernah dibuat, kalau Bonobo dapat makanan, ia akan berkongsi makanan itu kepada mana-mana Bonobo yang ia nampak di depan mata. Kalau Bonobo itu berada di sebalik sangkar, ia akan membuka pintu sangkar dan bagi makanan. Chimp pula sebaliknya, dapat makanan dia baham seorang. Kalau ada dua ekor Chimp, dua-dua berebut.

Chimp boleh bergaduh dengan Chimp dari kumpulan lain untuk berebut kawasan tetapi Bonobo boleh berkongsi dan mengembara sama-sama dengan Bonobo dari kawasan/kumpulan lain.

Dari sudut kerjasama, Bonobo lebih efektif dan cepat selesaikan masalah berbanding Chimp. Walaupun Bonobo tidak diajar untuk selesaikan masalah itu, ia dapat selesaikan sekali lalu kerana sifat toleransinya dengan Bonobo lain. Chimp pula, walaupun telah diajar banyak kali bagaimana untuk selesaikan suatu masalah, kadangkala mereka gagal kerana sifat mementingkan diri sendiri.

Dalam filem bersiri Planet of the Apes, Ceasar ialah spesis Chimp dan Koba ialah spesis Bonobo. Sifat mereka terbalik kerana Caesar lebih lunak (sifat Bonobo) dan Koba pula agak agresif (sifat Chimp). Dari segi kekuatan Caesar sememangnya mempunyai kekuatan Chimp dan Koba tidak sekuat Caesar.

RUJUKAN:

Tan, J., Ariely, D., & Hare, B. (2017). Bonobos respond prosocially toward members of other groups. Scientific reports, 7(1), 1-11.





from mdnursyazwi https://ift.tt/34A3T77
via http://www.rssmix.com/
from Tumblr https://dearluce.tumblr.com/post/638200358500548608

No comments:

Post a Comment