Sherlock Holmes merupakan seorang detektif fiksyen yang kisahnya mempunyai peranan besar dalam kesusasteraan British. Dalam A Study in Scarlet, John H. Watson bertemu Holmes buat pertama kali mungkin pada tahun 1881.
Watson mendapati Holmes cekap dalam anatomi, kimia, kesusasteraan sensasi dan undang-undang. Tetapi Holmes memang teruk dalam bab astronomi, falsafah dan politik.
Ilmu Holmes dalam botani sebenarnya menarik, kerana beliau tahu bab pokok ber4cun seperti atropa belladonna dan papaver somiferum. Tetapi Holmes tidak tahu langsung pasal asas berkebun.
Manusia jenis apa yang fasih bab r4cun tetapi tidak pandai tanam tomato misalnya? Kalau bayangkan soalan ini, entah kenapa muka Robert Downey Jr. keluar. Seolah-olah watak Holmes dicipta khas untuk Downey pula.
Semua orang tahu cara pembawaan Downey untuk watak Tony Stark, yakni agak ranggi dan terlalu yakin tetapi tidak menjengkelkan walaupun kaki perempuan. Kalau tengok perangai Holmes, kuah tidak tumpah jauh daripada nasi.
Tetapi sebenarnya penulis semua novel Sherlock Holmes sudah lama kembali ke negeri cacing. Sir Arthur Conan Doyle dilahirkan pada 22 Mei 1859 di Edinburgh dalam sebuah keluarga yang menghadapi masalah angkara minuman keras.
Beliau mempunyai bapa-bapa saudara yang berkemampuan. Antara 1876 hingga 1881 pula, Doyle melanjutkan pengajian di sebuah universiti perubatan dan bekerja secara sambilan. Ketika ini, Doyle juga banyak menulis cerpen.
Beliau berjaya menjadi doktor dan membuka sebuah klinik 670 kilometer daripada Edinburgh, yakni di Portsmouth dengan hanya £10 dalam poket. Semasa menunggu pes4k1t, Doyle akan menulis fiksyen.
Jadi watak Holmes berkembang atas kesempatan ini… tetapi beliau tidak berpandukan Downey Jr., yang lahir 78 tahun selepas A Study in Scarlet diterbitkan.
Holmes sebenarnya ditulis berdasarkan dua profesor yang mengajar Doyle. Dr Joseph Bell merupakan seorang doktor yang terkemuka ketika itu. Ilmu pengetahuan dan pengalaman mengiktirafkan Bell sebagai warga Scotland pertama yang menjadi pakar pemb3d4han saintifik.
Sir Henry Littlejohn pula berkhidmat sebagai pegawai perubatan bersama pihak polis. Kedua-dua anggota pengajar ini digabungkan menjadi Holmes.
Bell melatih diri untuk menilai orang. Beliau akan mencari sesiapa sahaja (yang tidak dikenali) untuk memerhati supaya dapat mengenalpasti ciri-ciri penting seperti pekerjaan misalnya.
Bunyi ini agak judgmental tetapi sebenarnya tidak. Bell berjaya menajamkan ilmu penilaianya, yakni “pemerhatian pantas” dalam usaha membuat suatu diagnosis. Kadangkala Bell mampu mengupas pasal seseorang dalam masa beberapa minit sahaja.
Manakala Littlejohn pula bantu mengukuhkan pemahaman Doyle berkaitan penyiasatan perubatan dan jen4y4h.
Inspirasi Fiksyen Yang Agung
Apabila bertemu dengan Arthur Conan Doyle di sebuah kelas, Joseph Bell yang berusia 39 tahun sudahpun berambut putih.
Gaya berjalan pula bukan seperti seseorang menghampiri 40-an. Tetapi kemahiran memerhati Bell memang luar biasa, menggunakan kaedah “the Method” untuk menilai sesuatu.
Beliau juga suka menggunakan pengaruh drama seperti meminum cecair busuk di hadapan pelajar untuk mengenalpasti ia ber4cun atau tidak. Nasib menyebelahi Bell kerana cecair tersebut bukanlah r4cun.
Gaya Bell yang mempesonakan benar-benar menambat hati Doyle. Inilah contoh Sherlock Holmes.
Dan sejak hari itu, Doyle meluangkan masa untuk menyempurnakan watak Holmes. Beliau tidak terkenal dengan buku-buku lain seperti The Mystery of Cloomber yang menggunakan isu-isu semasa ketika itu.
Kerana Holmes, nama Doyle diabadikan… sepertimana 100 tahun akan datang nama Potter akan mengabadikan J.K. Rowling.
Kisah-kisah lain mungkin sudah ditelan zaman. Namun watak Holmes yang ditulis Doyle bermula tahun 1887 masih menggamit dunia dengan kemahiran forensic, penilaian dan penyiasatan.
Ketika itu dunia sains sedang bangkit dengan ilmu baru bagi teras kimia, psikiatri dan toksikologi. Dan teras-teras ini digunakan Doyle untuk menunjukkan bagaimana Holmes cekap mengenalpasti penj3n4yah. Holmes turut dibantu John H. Watson.
Karya Doyle siap memungut kutipan melebihi AS$1 bilion dengan dua filem dibintangi Robert Downey Jr. dan Jude Law sebagai Holmes dan Watson. Dan Holmes juga dilengkapkan dengan seorang abang bernama Mycroft.
Populariti Holmes turut menginspirasikan novelis lain, seperti Nancy Springer yang menulis Enola Holmes Mysteries.
from mdnursyazwi https://ift.tt/3aCb5TJ
via http://www.rssmix.com/
from Tumblr https://dearluce.tumblr.com/post/638249427005538304
No comments:
Post a Comment