Friday, December 25, 2020

Christmas Truce: Pendamaian Di Dalam “Neraka” Dunia

Dalam Islam, Perjanjian Hudaibiyah jadi teladan bagaimana gencatan senjata dihormati antara pihak bertelagah. Sempena Krismas, kisah sama yang terkenal ialah Christmas Truce dikatakan berlaku dalam P3rang Dunia Pertama di perbatasan Ypres, 1914.

Ia berlaku pada malam krismas semasa P3rang Dunia Pertama berlangsung dalam fasa paling memeritkan buat tentera yang terlibat. Berminggu-minggu, malah berbulan lamanya mereka ini terpaksa bertahan di dalam parit. P3rang seumpama ini digelar sebagai “trench w4rfare”.

Ia pertempuran jarak dekat demi menganjak seinci dua kawasan yang direbut.

Pada malam Krismas, 24 Disember 1914, nyanyian lagu Krismas dari parit Jerman disambut dengan nyanyian dari parit British demi gencatan senjata sebelum mereka kembali bertempur esoknya

Tentera British dan Jerman yang bertelagah semalamnya dikatakan saling berjenaka dan bergelak ketawa, menyanyikan lagu krismas bersama-sama, bermain bola, berkongsi rokok dan cenderamata malam itu sahaja sebelum mereka bermusuh semula selepas itu.

Etika menghormati gencatan senjata, pertempuran secara berhadapan, kesediaan mereka yang bertempur patuh dan menghormati pihak yang sudah menyerah kalah di dalam P3rang Dunia Pertama menjadikan mengapa P3rang Dunia Pertama digelar sebagai “Gentleman’s W4r” yang terakhir.

Tekanan yang amat tinggi kepada anggota tentera yang terlibat kerana selain faktor kehilangan nyawa dek peluru musuh, mereka terpaksa berkubu di dalam parit berbulan-bulan dan dalam kesejukan cuaca dan hujan lebat.

Malah persekitaran parit yang kotor, tanpa sistem sanitasi serta penuh dengan mayat rakan yang terkorban memaksa mereka bertahan dari menjadi sakit atau gila dek kegilaan yang berlaku.

Naratif dan senario P3rang Dunia Pertama amat mirip apa yang ditayangkan di dalam 1917., Juga boleh tonton dalam video iklan di bawah yang berkaitan dengan peristiwa ini.

Sesungguhnya, pep3rangan ialah bilamana soldadu muda berkorban demi kepentingan pemimpin tua. Pengajaran akan kisah ini ialah bagaimana agama sepatutnya mampu menyatukan bangsa, budaya dan ideologi.

Agama adalah fitrah manusiawi.

“Peace on earth, goodwill to all men;”





from mdnursyazwi https://ift.tt/3rtdcQ4
via http://www.rssmix.com/
from Tumblr https://dearluce.tumblr.com/post/638472171080073216

No comments:

Post a Comment