Kalau korang dah pernah baca satu artikel yang pernah disiarkan beberapa bulan lepas mengenai kisah Wojtek, seekor beruang yang berpangkat koperal dan berkhidmat sebagai pengangkut barang untuk pasukan tenter4 Poland semasa Per4ng Dunia Kedua, kali ini penulis hendak ceritakan kisah seekor babun pula.
Babun yang hendak diceritakan ini diberi nama Jackie, seekor babun spesis chacma yang ‘berkhidmat’ untuk R3jimen Infantri Afrika Selatan ke-3 semasa Per4ng Dunia Pertama. Kisah Jackie bermula mirip seperti kisah Jack (Babun yang bertugas sebagai konduktor isyarat kereta api di Afrika Selatan), iaitu sebagai haiwan kesayangan kepada seorang lelaki bernama Albert Marr.
Marr menemui Jackie yang sedang berkeliaran di sekitar ladangnya dan memutuskan untuk membawanya pulang dan melatihnya hingga Jackie dianggap sebagai ahli keluarganya sendiri. Jackie tinggal bersama Marr selama beberapa tahun dan belajar bagaimana untuk menjadi babun yang disukai manusia.
Kemudian, pada tahun 1915, Marr telah tersenarai sebagai kerahan untuk menyertai per4ng. Tidak mahu meninggalkan Jackie bersendirian di rumah, dia merayu kepada pegawai atasannya untuk turut membawa Jackie bersama-sama menyertai tenter4. Apa yang mengejutkan, pegawainya memberi keizinan dengan syarat-syarat tertentu.
Sebaik sahaja Jackie dibawa menyertai barisan hadapan, dia dilayan hampir sama seperti anggota tenter4 yang lain. Dia diberi pakaian seragam khas, lengkap dengan butang dan lencana regimental, topi, buku upah, dan set makanannya sendiri.
Adakalanya dia juga berkelakuan seperti semua tenter4 yang lain. Apabila dia melihat seorang pegawai atasan atau mana-mana tenter4 yang melintas di hadapannya dia akan berdiri dan mengangkat tangan kepada mereka seolah-olah memberi tabik hormat. Marr juga telaj mengajar dia cara ‘membodek’ pegawai iaitu dia akan menyalakan rokok untuk pegawai rakan-rakannya.
Dia berkemampuan melakukan setiap perkara itu dengan sempurna, malahan, dia ditugaskan sebagai pengawal sentri pada waktu malam kerana sensitiviti deria rasa dan pendengarannya yang tinggi. Oleh kerana dedikasinya yang tinggi kepada tenter4, Jackie menjadi maskot rasmi R3jimen Transvaal ke-3 dan dibawa ke mana-mana sahaja bersama dengan tenter4.
Jackie dan Marr pernah terselamat dalam satu pertempvran besar di mana kadar angka k0rbannya adalah sebanyak 80%, di Delville Wood, semasa awal Kempen Somme.
Semasa Marr sedang berkhidmat di Mesir dia ditemb4k di bahu semasa berbalas temb4kan dalam Pertempvran Agagia pada 26 Februari 1916, apabila dia dibawa berlindung ke tempat yang selamat, Jackie yang bersamanya ketika itu membantu dengan menjilat lvka sambil mereka menunggu pertolongan.
Tidak lama selepas itu, Jackie dan Marr menghabiskan masa di dalam sebuah kubu parit di Perancis dan kali ini giliran Jackie pula terc3dera akibat temb4kan tenter4 musuh. Semasa kubu mereka sedang sengit berbalas temb4kan dan berlaku letvpan di sana sini, di salah satu bahagian di baris dalam parit, Jackie dilihat membina tembok menggunakan batu mengelilinginya untuk mendapatkan perlindungan.
Ketika dia sedang sibuk, satu serpihan letvpan terbang melepasi temboknya dan terkena tepat pada kaki kanannya. Doktor r3jimem tersebut membawa Jackie menggunakan tandu ke hospital kem dan cuba menyelamatkan kakinya, tetapi malangnya, ia terpaksa dipotong. Ia kerana kakinya terkena serpihan kloroform, dan doktor tidak tahu apa kesan sampingan dari kloroform terhadap seekor babun, doktor tidak yakin bahawa dia akan pulih.
Walau bagaimanapun, dalam masa beberapa hari, Jackie berjaya menghadapinya. Di atas keberaniannya itu (padahal tak melawan pun), Jackie dianugerahkan pingat keberanian, pingat Pretoria Citizen Service serta dinaikkan pangkat dari prebet ke Koperal.
Akhirnya, menghampiri titik penamat per4ng, Jackie telah dibenarkan pulang dari Maitland Dispersal Camp di Cape Town. Dia dilepaskan dengan sijil pelepasannya, pencen tenter4, dan borang pekerjaan awam untuk tenter4 yang dibenarkan pulang.
Sebagai sahabat sejati, Jackie kembali ke ladang keluarga Marr, menyerahkan kehidupannya untuk masa lapang sepenuhnya sebagai haiwan kesayangan, sehingga ke saat kem4tiannya pada tahun 1921 akibat kebakaran rumah. Manakala Marr terus hidup sehingga meninggal dunia pada usia tahun 1973 ketika berusia 84 tahun.
Sehingga ke hari ini, Jackie Si Babun mungkin tidak seberani seperti Wojtek Si Beruang Poland, dan mungkin juga bukan satu-satunya babun yang berperanan dalam dunia ketenter4an tetapi Jackie adalah satu-satunya babun yang telah mencapai pangkat prebet dalam pasukan Infantri Afrika Selatan.
RUJUKAN:
Gerald L. Wood. (1976). The Guinness Book of Animal Facts and Feats. Guinness Superlatives.
from mdnursyazwi https://ift.tt/3oPjS8S
via http://www.rssmix.com/
from Tumblr https://dearluce.tumblr.com/post/637524660553187328
No comments:
Post a Comment